Wednesday, 5 December 2012

Bismillah, dgn namaMu risalah ini aku nukilkan.

18 januari 1991.. itu semalam, saat lahirnya seorang hamba Allah, insan ini.

Dan kini, 1 disember 2012... Itu hari ini,

Saat diri dan tubuh yang hina dan dhoif ini masih mampu berdiri, merasai segala nikmat dan kesenangan atas rahmat dan ihsan Tuhannya yang maha agung, lagi suci atas segala sesuatu.

Segala puji hanya bagiNya, Tuhan sekalian alam.

Alhamdulilah, akhirnya saya diberi kesempatan olehNya untuk mereliasikan antara cita-cita terpendam..
Apa ya? Hehe.. Buat BLOG la..
Bayangkan, impian saya ini saya pendam sejak form4 lagi, 5 tahun lalu.
Dan setelah berlalunya senggang waktu yang agak panjang tu, Allah beri juga kekuatan untuk melaksanakan impian ini..^^

Apa tujuan BLOG saya ni ya?
Yang pertama sekali, BLOG ni saya wujudkan agar menjadi motivasi dan pemangkin semangat tika jatuh dan bangun. Firstly, MOTIVASI.
Yang kedua, BLOG ini akan dijadikan tempat penceritaan akan kisah hidup saya, segala pengalaman yang dilalui, kisah manis dan pahit, segala ujian mehnah dan duri, jatuh dan bangun, ditambah dengan kisah pengembaraan-pengembaraan yang mencabar. Agar objektif akhirnya, menjadi Motivasi. Ya, dari sini Insya Allah akan menjadi Motivasi.
Juga agar menjadi pengajaran dan pedoman bagi mereka yang membaca.
Juga tempat perkongsian kisah-kisah hidup saya bersama mereka diluar sana.
Moga menyajikan halwa atau manisan mata dan fikiran kita bersama.
Yang ketiga, tempat melontarkan idea-idea dan pandangan yang tercerna dari pandangan dan pemikiran diri yang serba kekurangan ini.

Diakhir segala impian ini hanya satu.
Ingin meraih kemenangan, satu-satunya kemenangan, iaitu masuk ke SYURGA FIRDAUS bersama KEREDAAN ALLAH. Amin.Moga diIkhlaskan hati, dibulatkan tawakal hanya padaNya, jua disucikan jiwa, diri ini sentiasa dibawah rahmat dan naungan Allah tuhan semesta alam.

Hidup ini hanya sementara, sementaranya itu penuh dengan ujian, dan diakhirnya hanya antara dua, syurga ataupun neraka. Jadi, selagi nafas masih diberi, selagi itulah perjuangan terus hidup, hidup bersama keredaan tuhannya. Perjuangan itu jihad. Sebesar-besar jihad adalah melawan nafsu.

Hidup adalah perjuangan. ^.^

Hayyu sabi', nasr city
7.00 A.M.
1 disember 2012

No comments:

Post a Comment